DAPUR KECIL KU

Rabu, 25 Ogos 2010

SEAFOOD GORENG TOMYAM

Salam ni menu sahur kami pg td dah blurr nak masak apa tak tau smlm blk keje beli ikan tengiri sekeping,udang dgn sotong tp tak tau nak masak apa.Lepas tu tengok kak dapur kak nor ada resepi sotong goreng tomyam ni apa lagi aku pun cubalah memang sedap pulak mata ngantuk masa sahur pun blh celik dpt lauk ni.T.Q yer kak nor tp kita dah ubah nama sbb kita wat campur udang+sotong.Resepinya


SOTONG GORENG TOMYAM

sumber myr copy kak nor secubit garam

Bahan2
300gm sotong yg dah dibersihkan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
3 btg serai ~ diketuk
3 hiris lengkuas
1 sudu besar paste tomyam
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sayuran spt: carrot, putik jagung, tomato
1 labu bawang besar ` dipotong bulat
3 - 5 bj cili api (jika nak lebih pedas)
garam dan gula
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi.
Masukkan sotong dan kacau sekejap.
Masukkan lengkuas dan tomyam paste. Kacau hingga sebati.
Kemudian masukan garam dan sedikit gula. Kacau lg dan tutup kuali.
Biarkan sekejap, baru la dimasukkan sayur2. Boleh juga kalau nak guna kacang panjang dan bunga kobis. Terpulang pd citarasa masing2.
Masukkan sedikit air, supaya lauk tidak terlalu kering.
Last sekali masukkan bawang, cili api dan tomato. Kacau2 kejap, tutup api dan boleh la dihidangkan dgn nasi panas

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...