DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Ogos 2010

MEE UDANG

Ni menu berbuka hari khamis klu tak silap gadingan bersama dgn udang sanggul tu lah.Dah byk kali nak wat mee udang ni tp selalu aje tak menjadi tp bila dah bulan posa ni kena cari menu yg simple2 yg cepat masak dan yg senang nak masak dan yg paling2 penting yg sedap he..he..memang sedap mee udang ni kena aje dgn selera kita org ni .TQ midza@Koi yg bg resepi ni memang marbeles abis lah.mari kita lihat apa bahan2nya..


MEE UDANG - my style (utk 2-3 org mkn)

arohamizwa

Bahan2 :
10 ekor udang sedang
1 biji bawang putih*blend
2 biji bawang merah*blend
1 biji kentang sederhana besar-direbus*blend-tak letak sbb takde stok
2 sb udang kering*blend
3 sudu cili kisar/cili boh
1 biji telur
1 ketul kuib ikan bilis-letak 1/2 kiub aje
2 st tepung jagung - dicampur dgn sedikit air (optional)
sedikit minyak tuk menumis
3 cawan air
garam,gula
mee - dicelur
sayur :
karot
tomato
sawi
sudip jagung
cili padi
hiasan :
bawang goreng
daun sup
daun bawang
tahu
fishcake
limau kasturi
Cara :
1. Panaskan minyak kemudian tumiskan cili kisar/cili boh dan bahan blend smpi garing/pecah minyak
2. Masukkan 2 ekor udang, kiub ikan bilis dan air biarkan sampai mendidih
3. Apabila mendidih masukkan karot,btg sawi,cili padi biarkan seketika kemudian masukkan tomato, daun sawi dan telur.
4. Masukkan tepung jagung tuk memekatkan kuah,biarkan sehingga telur masak tutup api
5. Masukkan mee dlm mangkuk kemudian kuah dan hiaskan dgn tahu,fishcake,daun bwg & sup


Bubur pulut hitam ni pun masak sekali gak jd ada 3 menu ler buka posa khamis tu.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...