DAPUR KECIL KU

Khamis, 12 Ogos 2010

PANCAKE


PANCAKE


resepi pancake ni klu tak salah resepi ambik dr umah kak nor trg nun dr blog secubit garam.aku buat pancake nya aje kuah custard tu tak buat mkn dgn golden syrup aje.

PANCAKE BY HAJAR
COPY KAK NOR
3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)
Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti

kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik

1 tin buah2an koktail campuran
1 tin nata de coco
1 tin nenas kiub
ceri merah dibelah dua (optional)
agar2 merah ~ yg ni k.nor tak letak


utk kuah custard:
1 tin susu cair (IDEAL)
2 sudu besar tepung kastard (larutkan dlm sedikit air)
6 sudu besar gula (kalau tak suka manis kurangkan sbb air koktail tu dah manis)
2 sudu kecil esen vanilla ~ k.nor letak 1 sudu jer

1.Susu cair dimasukkan ke dalam periuk dan di masak atas api yg sederhana. Kemudian masukkan gula, larutan tepung kastard td dan esen vanilla.

2.Kacau hingga pekat. Jangan berhenti kacau sbb takut kastard tu bergentel.

3.Bila campuran susu dan kastard td tu dah bertukar warna kekuningan dan pekat, boleh la tutup api. Ketepikan dan sejukkan.

4.Satukan campuran buah2an koktail, nanas kiub, agar1, ceri dan nata de coco td ke dalam mangkok besar. Masukkan sekali air di dalam tin buah2an koktail dan nanas td.

5.Kemudian masukkan 3 - 4 sudu kuah kastard yg dimasak td ke dalam campuran koktail td atau ikut suka nak letak banyak mana, nak pekat ke nak cair. Gaul sebati dan kemudian sejukkan.

6.Kalau suka bolehlah dihiaskan dgn ceri merah. Lagi sedap kalau ditabur kacang tanah yg dimesin kasar

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...