DAPUR KECIL KU

Sabtu, 21 Ogos 2010

BADAK BERENDAM

Badak berendam ni buat atas permintaan abah,masa hari niaga tu abah ada lah suruh aku gi beli tp aku jwb tak lulus utk aku beli klu abah beli lg tak lulus(abah ni cerewet sikit bab mknan beli ni)nanti ler ibu buat.Itu pasalnya bila dah tak niaga aku masak lah si badak ni,abah minat sgt si badak ni tiap kali bulan posa mesti kueh ni wajib di beli kat bazar tp semenjak dua menjak aku duk layan fp ni apa2 abah nak mkn aku masak sendiri.yelah baik laki mkn air tangan bini sendiri dr mkn air tangan org he..he..mama yg ckp yer sbb ni ler ubat pengasih utk suami2 dan utk anak2 sekali.(psstt..mama aku pun mcm ni tau tiap kali papa mintak nak mkn apa mesti mama masakan walaupun zaman tu maan ada tenet lagi harapkan majalah ajelah)ok tengok resepi yg aku buat ni
BADAK BERENDAM

Bahan-bahan ( -+20 biji )

Bahan doh:
1 cawan tepung pulut
160ml air(masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh)
1/2 sk garam
Bahan Inti:
100g gula merah
100ml air
120g kelapa parut (putih)
1 helai daun pandan
1/2 sk garam
Bahan kuah:
500ml santan (1 biji kelapa)
2sb tepung beras
garam secukupnya
Cara-cara
Inti: Masak gula merah dan air hingga larut, masuk garam, kelapa parut dan dan daun pandan. Kacau hingga agak kering. Biar kan sejuk
Doh: Gaul tepung pulut, garam dan air secukunya hingga doh jadi lembut. Masukkan inti dan bentukkan bebola sebesar guli.
Masak air panas bila dah mendidih masukkan bebola pulut tadi bila berbola td timbul angkat dan rendam ke dlm air sejuk(tujuannya tak mau berbola ni melekat sesama sendiri)
Bancuh bahan utk kuah dlm periuk sehingga rata kemudian masukkan berbola td kedlm kuah dan masak sambil di kacau perlahan-lahan supaya tak hangit bila dah mendidih boleh lah tutup api dan sedia di hidang

2 ulasan:

Deliah's Deli berkata...

salam...nmpak mcm best je badak tu dok brendam..nak2 tghari waktu puasa2 plak tu kan..sure ler badak tu kepanasan n kehausan jadik badak berendam mmg rase syiok abis..ish2x! :)

Fiza Nordin berkata...

juadah memori di bulan ramadhan ni... tp en hubby tu tak reti makan.anak2 pula dok hirup kuah je klu buat badak berendam ni...

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...