DAPUR KECIL KU

Jumaat, 13 Ogos 2010

NASI AYAM GORENG

Kisah nasi ayam goreng ni pulak aku masak utk sahur pg semalam.mesti ada yg ckp ni rajin benor idam masak nasi berpesen pg2 buta yer.(itu pun klu ada yg ckp lah)aku kenalah masak utk sahur sbb waktu berbuka asyik duk kat gerai aje mana nak sempat masak2 nya nak beli pun kurang menepati citarasa last2 kita org buka dgn air @ kurma pastu mkn bihun sup sendiri(hai kedekut tul dia ni kan he..he...bkn kedekut nak jimat..bkn lah benornya kami tak sempat beli time nak gi beli org tengah penuh bila kita dah abis jual org lain pun tinggal dah tak berapa tu yg jd gitu tu.Ok jom layan nasi ni pulak senang aje masak pejam mata pun blh masak.Aku masak cuma 1 cawan aje kira 1/4 dr resepi ler.tocer..tocer..pd yg bg resepi yer




RESEPI NASI AYAM GORENG

Bahan-bahannya:


Bahan untuk ayam :

* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)

* 2 sudu kecil garam*

* 1 sudu besar serbuk kunyit*

* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=

> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)

* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi

1 sudu rempah kari

1 inci halia-tumbuk kasar

4 ulas bawang merah-tumbuk kasar

2 ulas bawang putih-tumbuk kasar

1/2 labu bawang besar-potong dadu

2 inci kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

3 kuntum bunga lawang

sedikit kiub ayam

sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam

2 bay leaves/ daun ketumbar

4 cawan beras basmathi-cuci toskan(ibu guna beras siam wangi aje)

4 1/2 cwn air

1/2 cwn susu cair

sedikit minyak

& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah ibu pun letak gak
Cara-Caranya:


1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.

2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.

3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. Masak nasi hingga masak.Ibu masak guna rice cooker klu mak tau masak guna dapur gas tengok madiha yer

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...