DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Ogos 2010

AYAM HARUM THAI

Resepi yg best sangat dan yg penting senang sgt nak masak.Ni lauk sahur semalam ler.Mula2 aku keluarkan ayam dr tempat beku bos dah jebik dah dia ckp asyik2 ayam aje takde lauk lain ke,boring lah lepas tu aku jwb dah tu nak mkn lauk apa.ni bila org tanya ckp lauk apa2 aje dah masak byk citer pulak.(aku memang suka menjawab klu laki aku komen jgn ikut perangai aku yer he..he..)Lepas tu aku ckp cuba lah dulu mkn apa rasanya.Bos tanya ayam masak kicap ke ni?aku jwb ayam masak sos.Bila dah makan ambik kau sahur mkn nasi 2 pinggan tak hengat tu..last2suruh masak lagi utk berbuka.baru dia tau penangan bini dia ni
mari tengok resepinya

AYAM HARUM THAI

sumber noreen-homecooking.blogspot

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji capsicum - belah 4 atau potong memanjang ikut suka

bahan2 hiris:
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 sos (disatukan):
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan jus limau nipis

cara:
gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
gorengkan sehingga garing dan ketepikanpanaskan minyak
tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
kemudian masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata
masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata
setelah itu masukkan pula ayam goreng dan capsicum
biarkan sebentar
padamkan api dan hidangkan

Dah byk jenis pes tom yam yg aku guna tp aku rasa ini yg paling best tp agak mahal sikit lah nak di bandingkan dgn jenis yg lain.Utk sebotol yg beratnya lebih kurang 450g ni rege nya dlm RM12++ itu aku beli kat TESCO klu beli kat JUSCO lagi mahal.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...