DAPUR KECIL KU

Isnin, 16 Ogos 2010

DADAR LAUK SAMARINDA

Napa lah mata aku ni mengantuk sgt2 ari ni asyik nak terkatup aje.Klu minggu lepas biasanya lepas aje sahur aku tak tido kemas rumah cuci baju seme tp hari ni gatal nak gi tido balik bangun kul 6 mandi solat subuh aku sambung tido balik punya lah ngantuknya ya allah tak tau nak ckp apa lah.Sedar dah kul7.15 dgn baju tak gosok lagi dgn baju kembar tak kemas masuk beg lagi,kelam kabut bangun bersiap.Sbbkan ngantuk ari ni takde make-up bagai natural beuty kih..kih..(mcm leh beuty).Dah lah panjang lak citer nya dlm2 ngantuk tu nak bebel gak.dah mai tengok kueh yg aku buat semalam utk berbuka.Tp aku tak pandai wat mcm kak nor dah lah tu pecah pulak bila dah gulung



DADAR LAUK SAMARINDA
copy dr rumah kak nor secubit garam

Source: Buku aneka Hidangan SARAPAN (Izah Muffin)

Bahan-bahan:

610 gm air(ibu tambah jd 700 ml sbb mcm pekat sgt)

300 gm tepung gandum

1 biji telur

1 sudu makan tepung jagung

1 sudu makan minyak jagung (saya guna minyak masak biasa je)

1 sudu teh garam

Sedikit pewarna kuning

Bahan inti:

20 gm rempah kari ikan

1 tin sardin - dihancurkan (saya guna tin kecil)

1/2 biji kentang- yang ni saya tambah(ibu letak 1 biji kecil)

100 ml air

4 biji cili merah hiris (saya tumbuk cili padi) x letak budak tak suka pedas

2 biji bawang besar

5 sudu makan minyak masak

5 ulas bawang putih cincang

garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:

1. Campurkan semua adunan hingga menjadi seperti adunan goreng pisang.

2. Kemudian masak di atas kuali dan leperkan secara membulat satu persatu hingga habis. Ketepikan.

3. Untuk membuat inti, panaskan minyak, dan tumis bawang besar dan putih hingga naik bau.

4. Masukkan rempah kari dan sikit air dan masak hingga terbit minyak.

5. Masukkan kentang, sardin, cili, garam dan gula dan tunggu hingga masak.

6. Ambil dadar tadi, letakkan inti di atasnya dan gulung. Sedia untuk di hidang.


Tips dr kak nor secubit garam
** K.Nor guna botol mayo yg aritu utk buat stripe kat atas dadar tu

Kalau sapa2 nak buat gitu, asingkan sket adunan dan warnakan dgn warna yg kontra dgn warna asas dadar.

Lepas dah lenggang dadar tu dan dah kering permukaan atasnya, picit adunan yg dlm botol mayo tu.

Biarkan hingga adunan strip masak baru la diangkat

Terbalikkan atas dulang, isikan inti dan baru la digulung.

Sebaiknya sejukkan sekejap dadar sebelum mulakan proses meletak inti dan menggulung supaya dadar kita tak pecah

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...