Salam ramadhan buat semua....
Harap2 seme kawan2 masih dpt meneruskan ibadah puasa dgn sempurna walaupun keadaan skrg ni musim org sakit.Tp klu dah sakit tu melarat2 tak kan nak puasa kan,cuma utk aku skrg ni alhamdulillah setiap kali puasa aku tak pernah kena sakit teruk paling apapun pening2 lalat sbb tekanan darah rendah klu kena mcm tu aku dah mula nak pitam tp bila kena mcm tu aku selalu berdoa supaya aku dpt meneruskan juga puasa hari tu sbb jika nak berganti bukan tak blh tp sempatkah kita ganti???mana tau usia kita dah tak panjang.Sedih aku tegok berita kisah 2 beranak yg kemalangan kat Trg tu klu tengok rupa kereta tu langsung dah takde rupa kereta dah tp tulah dah ajal mereka sama2 lah kita sedekahkan al-fathihah buat mereka.Itu kisah org yg aku tak kenali ini kisah dlm kaum keluarga ku pula.
Semalam spt biasa setiap kali waktu lunch(tak kira bln posa ke idak posa)aku mesti call mama tiap2 hari tp kadang2 ada gak skip tp yg pasti mesti wajib ler setiap hari aku call klu tak aku yg call mama yg call(ni biasanya klu hari minggu ler duk umah melayan budak kembar tu sampai terlupa nak call mama).Tiba2 mama ckp ayah chik accident masa nak blk umah,terkejut jap aku.Ayah chik ni abang mama yg no 3(klu tak salah sbb sblh mama cuma ada 2 org pakcik aje satu arwah ayah ngah dan satu ayah chik yg no 1 satu aku tak tau lah mgkin meninggal masa baby aku pun ingat2 lupa sejarah keluarga mama ni he..he..blh harap punya anak) Aku tanya mcm mana blh accident,mama ckp ayah chik blk dr pasar dlm kul 10 pg bila dia nak masuk simpang ke kanan tiba2 datang motor langgar cuma yg tak pasti motor yg langgar tu dr arah mana.Klu arah yg sama motor tu yg salah klu arah yg bertentangan ayah chik yg salah,tak tau lah sbb masa aku call kul 1.30 tgh tu ayah chik blm sedarkan diri lagi.dengarnya kakinya patah tp doc masih nak buat pemeriksaan lanjut lagi takut ada masalah dalaman lain doc nak scan dgn teliti.Harap2 ayah chik cepat sedar sbb mama kata dia pun tiba2 jd gugup ja bila dgr papa bg tau abang dia accident.Musim2 raya ni selalu lah ada kemalangan aku kadang rasa takut bila nak jln jauh ni tp nak kena blk kg jauh gak tak kan nak beraya kat umah KL ni mana syok.Sbb tu setiap kali kami nak berjalan jauh abah mesti check kete betul2 lepas tu nak melangkah keluar rumah dibaca doa nak memulakan perjalanan baca doa sbb katanya doa yg kita baca tu jika ajal kita sampai kita tak akan mati dlm perjalanan kita pasti akan pulang ke rumah juga dan ajal tetap ajal
Sekarang ni kita cite pasal masak2 pulak yer.Nasi goreng oregano ni aku teruja tengok kat dapur ummi jd bila dia tayang nasi goreng utk aiman tu aku terus cop utk buat buka posa.jd masa sahur hari khamis aku sengaja masak nasi lebih utk buat nasi goreng ni.Nasi goreng ni memang sedap bagi aku dan isi rumah lah sbb abah menambah mkn nya budak2 pun mkn mcm sedap aje takde bunyi(kembar ni klu mkn tak sedap terus ckp bu tak chedaplah).T.Q kak ummi syer this resepi.aku memang suka masuk blog kak ummi klu posa2 ni sbb menu2nya memang sesuai utk org yg bekerja bkn apa nak masak tak ambik masa sgt he..he..jom tengok resepi tp aku ada lah ejas sikit ikut keadaan semasa he..he..
NASI GORENG OREGANO (My Style)
sumber ummizaihadi-homesweethome
Bahan:-
3 mangkuk nasi putih
150 gm daging - dihiris nipis/kecil(ambik daging yg dah siap rebus dr gerai ler)
5 tangkai cili padi - diketuk(ibu tak letak sbb nak bg kembar mkn sekali)
1 biji bawang besar Holland - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh lada hitam yg dikisar
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan dried oregano
2 tangkai cili hijau - dipotong serong
1 biji telor
1/2 batang lobak merah - dihiris halus btg mancis
1 1/2 cawan air - untuk rebus daging(tak letak sbb guna daging sup)
minyak untuk menggoreng nasi
Cara-Cara:-
Masukkan air dan daging yang telah dibersihkan di dalam kuali untuk menggoreng nasi. Rebus/masak hingga daging empuk dan air dalam kuali hampir2 kering.(ibu skip proses ni)
Bila air telah kering, terus masukkan minyak dalam kuali yang berisi daging tadi dan goreng sekejap daging.(ibu tumiskan bwg dulu kemudian baru masukkan daging)
Masukkan bawang besar dan bawang putih dan kacau hingga bawang layu.
Masukkan kiub pati ayam, lada hitam, lada sulah, lobak merah dan oregano. Kacau.
Masukkan nasi putih dan kacau rata sekejap sebelum masukkan garam secukup rasa.
Kemudian tolak nasi ketepi kuali sikit dan pecahkan telor di dalam kuali. Gaul rata dengan nasi.
Kacau balik nasi hingga nampak berasap masukkan cili hijau. Kacau rata sebentar dan tutup api. Hidangkan
ni ler menu buka posa utk hari khamis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan